Welcome to LynN's blog.
This blog is best viewed in Mozilla Firefox with 1024x768 resolution.
Thank you for viewing. <3


Cinta tu satu masalah. Masalah yang selalunya kita terima dengan rela hati walau pada awalnya kita boleh membuat pilihan untuk terima atau tidak, tapi disebabkan kita ni tak dapat melihat masa depan (future) sifat ingin tahu dan ingin mencuba yang memang sedia ada dalam diri kita akan mempengaruhi keputusan yang kita buat. Selalunya ia akan mendorong kita untuk mengikut perasaan yang datang.
Cinta adalah satu masalah yang kita terima dengan senyuman dan hati terbuka walaupun kita sedar kalau ianya tak kesampaian, kita akan rasa perit, sakit dan menggugat kewarasan fikiran. Cinta hanya satu emosi. Sesuatu yang tidak wujud secara nyata, sesuatu yang tidak dapat disentuh secara fizikal, sesuatu yang cuma bermain didalam minda kita.
Sebenarnya, cinta yang datang dan cinta yang pergi tu adalah satu anugerah Tuhan. Anugerah yang membuatkan kita lebih peka dengan naluri kita, anugerah yang dapat menzahirkan keupayaan diluar jangkauan normal.
Jangan cuba lari dari cinta kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan. Hadir kita ke dunia kerana cinta, hidup kita kerana cinta, mati kita kerana cinta. Fikirkanlah.
